Rafflesia Beauty & Boutique




Rafflesia Beauty & Boutique ini turut menuntik elemen-elemen moden dan tradisional didalam setiap dekorasinya. Biarpun ruang premisnya agak terhad, pemiliknya bijak menata gaya setiap ruang yang ada disamping memilih jingga sebagai warna tema. Ringkas namun tetap kelihatan
menarik dan eklusif.



Sementara dibahagian pintu masuknya tersergam indah sebuah replika taman mini yang menghijau sebagai simbol selamat datang kepada setiap pengunjungnya.Kunjungan anda juga akan disambut penuh mesra oleh pemilik dan kakitangan yang sememangnya peramah serta tidak pernah lekang dengan senyuman.Namanya melambangkan kecantikan dan kemewahan. Rafflesia Beauty & Boutique ini merupakan sebuah pusat kecantikan yang berpegang kepada prinsip 'cantik diluar sihat didalam'.


Rafflesia Beauty & Boutique menawarkan rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, iaitu rawatan wajah, tubuh, kaki disamping salun rambut.Dimiliki sepenuhnya oleh seorang wanita gigih berusia 35 tahun, Pn. Halimatun Sa`adiah Yahya. Rafflesia Beauty & Boutique mula dibuka pada 1hb Jun 2006 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.Selain beroperasi di
Plaza Alam Sentral.


Rafflesia Beauty & Boutique turut memiliki cawangannya di Sungai Kapar Indah, Klang dengan nama Illusion Bridal & Saloon yang dibuka pada 1 Ogos 2007.Kata-kata 'Cekal hati melangkah kedunia perniagaan dan bina empayar perniagaan diusia muda' menjadi pegangan bagi pemiliknya.







 
Rafflesia Beauty & Beautique - by Templates para novo blogger